Dalam usia yang masih mentah, langsung tidak menyangka akan menjadi Janda muda.Perkahwinan yang dibina walaupun pada permulaanya bukanlah atas dasar cinta,tetapi diatur oleh bapanya,Beliau merelakan kerana banginya tiada apa yang dapat paling besar hadiah kepada bapanya melainkan kegembiraan bapanya.Bagi Nisha cinta akan dapat beliau cipta setelah perkahwinan sah diadakan.
Hari Ini Nisha berada datang ke London dengan tujuan unuk melupakan sejarah hitam hidupnya dengan Jeffry yang hanya terikat selama 8 bulan.Perkahwinan yang di bina musnah,gara-garaa sikap Jeffry yang sememangnya Playboy,tak cukup dengan satu isteri.Simpanan berlambak.
Hati Nisha bagaikan di cucuk oleh pisau berkarat,betapa pedihnya apabila dia dapat tahu bahawa Jeffry yang beerpewatakan menarik apabila balik kekampung halaman rupanya seorang penipu besar.
Watak baiknya hanyalah ketika dihadapan orang tua sekampungnya.Nisha tidaklah terlalu mengenali,walaupun mereka satu kampung kerana jarak usia antara mereka 12 tahun .
Sepanjang perjalanan perkhwinan selama 8 bulan,Banyak hempedu yang terpaksa Nisha rasakan.Kebahagian hanyalah 2 bulan,selepas itu,buah kaki dan tanggan selalu menjadi sarapan Nisha.Malah Nisha mengalami keguguran ketika usia kandungan baru 3 bulan.Dan Nisha bertarung nyawa kerana tumpahan darah yang melampau,Tetapi bagi Jeffry apa perlu peduli,isteri bertarung nyawa,Dia masih lagi kehulu dan kehilir dengan perempuan mata duitan yang memang ingin mendekati Jeffry kerana Wangnya.
Jeffry memang kaya,beliau ada 3 buah Bistro,2 Rumah Urut,Dan 3 Hotel Bajet .Perniagaannya itu hanya selindung apa disebalik nya.
#bersambung (Untuk Menyokong Penulisan saya,Sila Klik Iklan Dan Share Blog Saya)